اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
4.30 p.m. Kami tiba di hotel kami. Selesai tugas Gery untuk hari pertama. Hotel yang kami inap ni ada blok 2 tingkat, untuk bilik standard dan beberape chalet. Receiptionist hanya bagi resit dan kunci bilik. Alhamdulillah, tak perlu bayar sebarang deposit. Sepanjang trip ini, kami menginap di RedDoorz Syariah, near Lombok Epicentrum Mall. Di sini cuma ada satu sahaja family room. Family room ni berkapasiti 4 dewasa. Bilik yang kami dapat ni bentuk chalet sebuah, di dalamnya ada tangga untuk ke ruang atas. Alhamdulillah, selesa, berbaloi dengan harganya. Suasana tenang saja kerana tak ramai yang menginap di sini. Kami rehat sebentar.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 31 Mei 2025
Kami bertolak dari Penang ke KLIA2 jam 1 tengah hari selepas abg Ammar habis tuisyen Sains di sekolah. Anak nak SPM tahun ni, tapi umminya dah tak boleh tahan nak g travel. Kita pun paham tengok anak stress study.
Oleh kerana flight kami jam 6.10 pagi esok, kami ada banyak masa lagi sebelum terus ke KLIA2. So saya decide untuk lalu WCE, expressway dari Changkat Jering ke Sabak Bernam, kemudian dari Sabak Bernam lalu jalan kampung hingga ke Kuala Selangor. Kami singgah solat di Masjid Ma'muniah, Sungai Besar.
![]() |
WCE expressway |
Di Kuala Selangor, kami sempat singgah di gerai tepi jalan beli pisang nangka goreng, 5 keping RM3 je. Pisang goreng kat Selangor tak sama macam kat Penang. Tak dan nak snap gambar. Cepat je licin. Kemudian di Assam Jawa, kami masuk Latar expressway hingga tiba di Batu 3, Shah Alam.
7 p.m. kami makan di kedai tomyam tepi jalan sebelah Petron Batu 3. Nasi putih dia RM2.50 sepinggan. Terkejut sat. Tapi nasi dia tu portion banyak la.. Makanan pun boleh kate sedap la jugak.
Lepas makan, kami singgah Masjid Jamek Fastabiqul Khairat, Batu 3 untuk mandi, solat dan bersiap² ke airport. Perjalanan dari Batu 3, Shah Alam ke KLIA2 mengambil masa 35 minit sahaja.
10.15 p.m Kami tiba di KLIA2. Saya turunkan Lid dan anak-anak yang lain dulu. Saya dan anak sulung meneruskan perjalanan ke stesen ERL Salak Tinggi untuk parkir kereta di situ. Beberape hari lepas, saya ada cari parkir murah sekitar KLIA di apps Tiktok, parking dekat rumah orang. Cas RM10 sehari. Tapi penuh katanya, untuk tarikh kami ni. Kemudian saya jumpa di Youtube tentang parkir di stesen ERL Salak Tinggi. Ini yang lebih mudah bagi saya. Tak perlu deal dengan sesiapa. Cas parkir berbumbung RM12 sehari. Kemudian naik ERL ke KLIA2.
11.45 p.m kami tiba semula di KLIA2. KLIA2 ni tak mesra pengguna seperti Changi Airport. Jadi kebanyakan traveler kalau pun tidak tidur di surau, di kerusi yang ada atau baring saja di lantai mozek. Kami lepak di kerusi berhadapan dengan stesen timbang luggage dekat kedai Sony, tak jauh dari surau. Saya print boarding pass dan bag tag di mesin. Lid bawa anak² tidur di surau. Saya tak ke surau kerana takut ketiduran, langsung tertinggal pesawat.
Ahad 1 Jun 2025
Check-in baggage seawal jam 4 a.m. Boleh buat sendiri ya.. Pastikan tidak lebih daripada baggage allowance yang kita beli. Kalau ada combine baggage, kena masukkan satu persatu ye..kalau tak nanti akan keluar error. Saya beli 25kg saja. Huhu. Masa check-in online last week, kita kena declare 25kg tu berape biji bag tau. Macam kami ni checked in dua beg. Kali ni timbangannya lebih 3kg, tapi sebab kami bertujuh, masing² ada 7kg hand carry, jadi semua bisa diatur.
![]() |
Kena buat satu² ye..ini dah error tu. |
Selepas selesai drop baggage, kami terus masuk ke ruangan pelepasan antarabangsa ya.. Semasa pemeriksaan keselamatan, 2 gunting dirampas. Sebab abang Ammar bawa beg sekolah dia. Dalam beg ade gunting kertas. Macam orang pergi umrah la kan, kalau bawa gunting untuk tahalul tu, kena masuk dalam check-in baggage.
Gate kami Q21 hujung sekali. 5.40 boarding. Flight on time. Alhamdulillah. Penerbangan memakan masa 3 jam shj. Saya tak order makanan. Alhamdulillah, 9.16 pagi selamat mendarat di Lapangan terbang Zainuddin Abdul Madjid, Lapangan terbang Antarabangsa Lombok.
Jam di Lombok sama seperti di Malaysia. Cuma waktu solatnya awal daripada Malaysia. Contoh, waktu solat Subuh jam 5.09 a.m., kalau di Penang masuk subuh 5.52 a.m. Rasa seperti siangnya panjang di Lombok.
Tiba saja di airport, saya terus aktifkan simcard Indonesia yang saya beli terlebih awal di Shopee. Alhamdulillah, simcard function elok. Sebelum masuk, kena buat custom declaration dan status kesihatan di link online yang dikongsikan oleh pihak Airasia through Whatsapp. Pemeriksaan imigresen mengambil sedikit masa walaupun tak ramai mana. 10.40 baru kami keluar dari ruang ketibaan. 10.23 supir kami (Gery) dah sedia menunggu. Kami menaiki Mitsubishi Xpander.
![]() |
Salah nama saya tu.. |
Alhamdulillah selesa, perjalanan santai, jalan pun tak jem. Tiada kebisingan hon2 kenderaan seperti yang pernah kami lalui semasa bercuti di Surabaya dulu. Tempat2 singgahan kami terserah kepada Gery.
10.50 a.m. Gery bawa kami singgah sarapan dulu di kedai tepi jalan hanya 5 minit dari bandara. Kami pesan nasi lalapan ayam, lalapan ikan, bebalung dan sate rembiga. Bebalung ni sup tulang. Sedap. Kami minum sosro. Sosro ni air teh O dalam botol kaca macam botol air gas di pantai timur. Sosro tu brand dia kot. Kalau biase es teh aje.
Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama, Kampung Sade. Perkampungan kaum Sasak. Kampung ni kecil sahaja. Di sini ade tourist guide, bayar seikhlas hati. Daftar masuk ke kampung Sade juga bayar seikhlas hati.
12.11 p.m. Kami melawat Masjid kecil dalam kampung ini. Binaannya tradisional kayu. Sebentar kemudian azan Zohor bersahut-sahutan dari Masjid ini dan masjid sekitarnya.
Di sini juga, ada jualan hasil tenunan dan kraftangan kaum Sasak. Kalau nak beli tu sila la survey² dulu harga, jangan terus beli ye.
Anak-anak ada yang mencuba baju tradisional kaum Sasak. Cuba baju ni percuma saja, tapi depa tu harap kita belilah something dari depa. Di sini juga boleh minum kopi buatan mereka, yang dicampur dengan beras. Bila minum kopi tu ada rase beras.
Satu jam di Kampung Sade, kami singgah pula di Masjid Kuno Rambitan. Masjid ini terletak tak jauh dari Kampung Sade. 5 minit sahaja jaraknya dari Kampung Sade. Lid yang minta nak ke sini. Supir kami pun tak tau kewujudan masjid tua ini. Pertama kali katanya. Orang perempuan sedang haid tak dibenarkan masuk. Daftar masuk ke masjid boleh sumbang seikhlas hati juga.
![]() |
Luar masjid. |
Kami meneruskan perjalanan ke Kuta yang terletak di bahagian Lombok Timur dan tiba di Litar Mandalika pada jam 1.55 p.m. Di sini cuma boleh lihat di pintu masuk saja. Ketik foto dan pergi. Ada jualan di hadapan pintu masuk. Mereka menjual cenderahati seperti topi dan t-shirt Mandalika.
![]() |
Tengah hari buta ni..haha |
Seterusnya, supir membawa kami ke Pantai Tanjung Aan. Di sini kami cuma ambil angin sekejap, foto² dan pergi. Pasir pantai warna putih bersih, laut kebiruan. Subhanallah, cantik sangat. Nak kata takda sampah tu, memang ada lah sikit-sikit. Orang di sini ramah. Tegur-tegur kita.
![]() |
Pantai Tanjung Aan. |
Bersebelahan pantai Tanjung Aan, kami ke Bukit Merese. Dah namanya bukit kan, samada mau mendaki atau boleh sewa ojek. Kami nak mudah aje, sewa ojek terus. Kat sini pemandangan memang cantik la. Kami spent lebih kurang setengah jam di sini, foto2. Then, turun balik dengan ojek juga. Ojek tu tak ke mana pun. Depa tunggu ja kami.
![]() |
Tengah memilih.. Bukit Merese. |
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Mataram. Perjalanan dari Kuta ke Mataram mengambil masa 1 jam tapi tak terasa jauh, sebab supir memandu secara santai2 sahaja. Gery bawa kami singgah di kedai Lestari Oleh-oleh Lombok yang terletak di Ampenan. Ampenan ni daerah kecil dalam Mataram. Sebuah kota tua, bersejarah. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama. Di kedai ni ada di jual kerepek-kerepek camtu la. Ada juga dodol Lombok tapi jangan bayangkan macam dodol kat Malaysia ya.. Boleh cuba tester sebelum beli.
4.30 p.m. Kami tiba di hotel kami. Selesai tugas Gery untuk hari pertama. Hotel yang kami inap ni ada blok 2 tingkat, untuk bilik standard dan beberape chalet. Receiptionist hanya bagi resit dan kunci bilik. Alhamdulillah, tak perlu bayar sebarang deposit. Sepanjang trip ini, kami menginap di RedDoorz Syariah, near Lombok Epicentrum Mall. Di sini cuma ada satu sahaja family room. Family room ni berkapasiti 4 dewasa. Bilik yang kami dapat ni bentuk chalet sebuah, di dalamnya ada tangga untuk ke ruang atas. Alhamdulillah, selesa, berbaloi dengan harganya. Suasana tenang saja kerana tak ramai yang menginap di sini. Kami rehat sebentar.
5.45 p.m. Kami berjalan kami ke Masjid Al-Muhajir, 3-4 minit sahaja dari hotel. Waktu maghrib 6.05 p.m. Selepas solat, kami naik Grab untuk makan malam di Seafood & Ikan Bakar 88 yang terletak di Jl. Pejanggik berhampiran dengan Mataram Mall. Ramai singgah makan di sini. Portion nasi dia tak banyak. Mungkin sebab hidangan utama nya seafood kan.. Makanan sedap, harga pun berbaloi.
Lepas makan, kami jalan2 sekejap sekitar menuju ke Ruby Supermarket. Banyak gerai2 dibuka di bahu jalan di sini. Pendek kata, di Mataram ni senang cari makan, InsyaAllah halal. Di Ruby Supermarket terlalu ramai orang, tak jadi kami nak masuk. Saya decide kami balik sahaja ke hotel dengan Grab.
End of Day 1 in Lombok.
No comments:
Post a Comment